はじめまして

MUCHO GUSTO



Mori, 20-ish.
Yo, peeps! Leave your footprints!


Entry Author WIP D'board

WALKIE TALKIE


Followers


ARCHIVE



CREDITS

© TEMPLATE FROM ARRIEN
TUTORIALS BY ATIQAH & AFIQAH
GIFS ARE FROM TUMBLR
Mrs. Twin
Saturday, November 2, 2024 • 11:02 PM • 0 comment(s)

 

My twin, ha- i miss her. Know-know she's a missus now. Iqin is a wife now! Bukan kembar biologikal, tapi kembar sama tarikh lahir. That's why she has a special spot in my core memory. Ironinya, nama kakakku pun Iqin lmao.

Masa kecil dulu galak buat nama kumpulan. Nasib tak buat cheer sekali hahah! Ada Shahanika (Shafini, Hani, Atikah). Hat ni alhamdulillah berhubung lagi sampai sekarang. Dengan Iqin pun ada. Hamariqinsaq (Hani, Marsuliana, Asyiqin, Khairunnisaq). Kalau tak silap, terbentuk waktu kami balik sekolah agama jalan kaki sesama. Tak ingat pula siapa yang cadangkan nama tu. Ha- rindu. Sekarang **mariqinsaq memasing dah berumah tangga. Dah besar dah kengkawan saya sobs.

Iqin yang sekarang mungkin berbeza dengan Iqin yang aku kenal; 11 to 12 years old Iqin. Kelakar orangnya. I like her randomness, or every time she spouts "jubo" when she's annoyed. Kami suka melukis. We even jual lukisan waktu sekolah rendah dulu. Kalau kertas buku tulis 20 sen, pastu kertas besar sikit, up jadi 50 sen. Kira cantik la kot lukisan waktu tu sebab laku, ada orang beli kah kah! Over time, i don't draw anymore, but she still, even so much better. Ada lah dua ke tiga kali nampak doodles dia kat Story. Glad that she still has 'it' and even works in the artsy field. Digitalized, but still the same artistic creativity. In that sense, she's the same passionate Iqin that i know.

Kami tak ada masa perkenalan yang lama pun. Dua tahun persekolahan waktu sekolah rendah je. Lepas tu memasing tak jumpa dah, sekolah lain-lain. Pernah sekali mai rumah time raya, tapi aku awkward, menyorok belakang sofa. Tak tahu nak borak apa lol. Lepas tu aku pula pindah ke Johor. Sekarang dah balik semula. Tiap kali lalu rumah dia, mesti tengok bawah (jalan naik bukit). Kot kalau ada kelibat dia. Pernah la sekali nampak dia buang sampah. Selalunya nampak kereta dia je.

Aku jarang berhubung dengan orang. Di social media pun lebih ramai kenalan daripada kawan. Dalam berkawan pun, ada banyak cabang kategori. Semua aku layan sama. Namun, jarang berhubung atau lost contact tidak bererti telah dilupakan. Sebagai seseorang yang pernah dilupakan, aku pun tak letak harapan untuk ada dalam ingatan orang lain. Kalau ada, terima kasih. Semoga ingatan yang baik la hendaknya hahah.

Untuk Iqin, thanks jemput. Dah wish dalam kad ucapan, tapi disebabkan ruang yang terlalu kecil, so once again;

Congrats and happy marriage, Iqin and suami! Semoga kalian menjadi each other's sumber kekuatan dan ketenangan. Eventho i don't know your expression kerana purdah, tapi Iqin so berseri-seri, terpancar kebahagiaan di situ. May your new life be blessed with endless love, happiness and a smooth journey til Jannah.

Sincerely from the core of my heart and mind, Hani ♡