YO PEEPS ![]() Mori, 20-ish. Welcome to my inner space. Feel free to leave your footprints! Entry Author Follow D'board WALKIE TALKIE ARCHIVE CREDITS © TEMPLATE FROM ARRIEN TUTORIALS BY ATIQAH & AFIQAH GIFS ARE FROM TUMBLR |
Tuesday, January 2, 2024 • 6:15 PM • 0 comment(s) ![]() Hellooo! Happy New Year! Setelah sekian lama tak update blog ni. Banyak je benda 'HAPPENING' yang jadi sepanjang 2023, tapi kitonyo malas. Hari tu Syaza tetiba bagitahu nak tengok movie. Ada movie baru Ghibli kat TGV, The Boy and The Heron. Selalunya Syaza memang selalu ajak kalau ada movie anime atau GSC buat Japanese Film Festival (JFF). Kita pun ons jelah. Cuma baru kali ni yang bebetul jadi. Maka, terjadilah Ghibli Date kami pada 24 Disember yang tersangatlah hectic dan penuh debaran. Kitorang beli tiket awal kat apps TGV, tayangan 11 pagi kat One Utama (OU). Aku naik MRT dari Sungai Buloh, pukul 9 lebih dah ada kat stesen tu. Tapi tak expect pun line topup TnG panjang gila. Selain daripada mesin ATM, i think kena ada mesin topup TnG juga kat stesen Sungai Buloh tu. Please lah. Sebab aku pernah sekali tak ada cash nak topup TnG. Rasa nak menangis nak minta tolong kat orang. Bergetar tangan minta cash dekat orang. Nasib baik ada mak cik tu baik hati, aku bayar balik guna online banking. Syaza tunggu aku kat Kwasa Sentral, sebab dekat dengan rumah dia. Tahu jarak dekat je dengan MRT Sungai Buloh tu tapi tak nak susahkan dia pula. Long story short, aku sampai sana dalam pukul 10.40 HAHAHAHAH. Syaza dah risau. Aku tak expect pun OU tu jauh. Tak fikir pasal cari parking, sesat dalam mall lagi hahahah. Lagi gelabah, kitorang sesat atas highway. Jalan berselirat, bertingkat. Aku give up. That's my second time pergi OU. Nasib baik bila sampai, banyak lagi parking kosong. Syaza baca jampi doa makan dia hahahah. Mall dia besar gila! Sebagai seorang yang buta arah, agaknya boleh main explorace dalam mall tu. Lalu bermulalah sesi mencari TGV pula. Masa tu dah pukul 11 lebih. Tapi husnudzon jelah, movie start lambat sebab selalunya banyak iklan. Poster pun tak sempat nak redeem. Tu pun kalau ada lagi lah sebab benda limited. Tak sempat nak tanya, takut lambat. Tapi nasib baik masa kitorang sampai, movie tak mula lagi. Sempatlah ambil nafas dulu; mengah berlari lol. ![]() ![]() ![]() |
0 Comments:
Post a Comment