はじめまして

MUCHO GUSTO



Mori, 20-ish.
Yo, peeps! Leave your footprints!


Entry Author WIP D'board

WALKIE TALKIE


Followers


ARCHIVE



CREDITS

© TEMPLATE FROM ARRIEN
TUTORIALS BY ATIQAH & AFIQAH
GIFS ARE FROM TUMBLR
Ada Bas Free di Johor?
Thursday, November 4, 2021 • 8:36 PM • 0 comment(s)


Hello! Hari ni aku macam terpanggil untuk tulis sesuatu. Korang tahu tak kewujudan bas free kat Johor ni? Especially Johoreans. Bas Muafakat Johor namanya. Aku sebenarnya suka kalau ramai tak tahu, tapi benda baik haruslah dikongsi bersama hahah!

Nak dijadikan cerita, semalam aku teman adik aku ke kota untuk ambil kereta di bengkel. Jarak ke kota tu lebih kurang satu jam, jadi kitorang pilih untuk naik bas. Dari pukul 8 pagi kitorang tunggu kat stesen bas tu sebab sarapan sekali kat situ. Kitorang well aware yang bas tu akan gerak pukul 9 pagi. Ada orang lain juga kat stesen bas waktu tu. Ada yang tunggu bas ke kota, ada juga yang tunggu bas ekspres ke Kuala Lumpur.

Dalam pukul 8.50 pagi camtu tiba-tiba ada satu lagi bas ke kota sampai kat stesen bas tau. Tapi bas tu berbayar, dia cas seorang RM5.60. Bijak betul taktik dia nak kaut penumpang, sampai 10 minit sebelum bas muafakat gerak, pastu gerak sama dalam pukul 9 lmao. Ada lah juga beberapa orang yang terpedaya, menunjukkan yang diorang tak aware pun pasal bas muafakat ni.

Bagi sesiapa yang tak tahu, bas dia senang je nak cam. Bas tu ada logo dan berwarna biru, merah dan putih. Kat depan bas tu selalunya tunjuk kod bas. Contohnya, bas dari Bandar Penawar ke Kota Tinggi, kodnya PE-004. Bas lain, lainlah kodnya. Lagi satu, bas dia bas baru. Kalau tengok dari jauh memang dah rasa dah aura bas baru dia tu lmao. Aku nak point out juga beberapa pros and cons bas ni yang kemungkinan ramai tak tahu.

Logo Bas Muafakat Johor

Pros:
  1. Percuma, scan IC kat mesin scanner atau tunjuk IC kalau mesin tu rosak hahah. Sebelum ni orang kena register kad dan renew setiap tahun kalau nak naik bas muafakat ni. Aku pun tak tahu sejak bila tah kena guna IC je.
  2. Selesa, khas untuk warganegara sahaja.
  3. Efisyen, ada jadual masa dan laluan, so boleh rujuk di website.
Cons:
  1. Sesetengah tempat di Johor je ada, so kena rujuk website kalau nak tahu laluan dia.
  2. Ada pada masa tertentu sahaja.

Kalau nak tahu tentang laluan dan masa pergerakan bas, boleh rujuk website ni,
https://paj.com.my/bmj-route-schedules/. Ikut pengalaman aku, selalunya bas ni accurate dengan masa dia. Area JB jelah yang kadang-kadang tepat, kadang-kadang tak. Well, kena consider keadaan lalu lintas juga.

As a student, aku selalu juga guna bas ni kalau nak balik UTM dari stesen bas Larkin atau ke mana-mana. Tapi buat masa ni aku tak rasa bas ni akan masuk kawasan UTM lagi sebab PKP. Aih, rindunya nak lalui kehidupan macam biasa, huh. Negeri lain aku tak sure ada ke tak bas yang free service macam ni. Kalau ada, please let me know! <3 

A selfie is a must kalau naik bas! 

Labels:

0 Comments:

Post a Comment