はじめまして

MUCHO GUSTO



Mori, 20-ish.
Yo, peeps! Leave your footprints!


Entry Author WIP D'board

WALKIE TALKIE


Followers


ARCHIVE



CREDITS

© TEMPLATE FROM ARRIEN
TUTORIALS BY ATIQAH & AFIQAH
GIFS ARE FROM TUMBLR
Making My Own Wraps
Saturday, November 12, 2022 • 10:34 AM • 0 comment(s)

Julai lepas aku ada join Nutrition Month Malaysia 2022. So recently aku baru terima package cenderahati untuk 100 peserta terawal tu. Dalam package tu salah satunya ada Gardenia Roll-Up Wraps. Memula tu macam keliru jugalah, macam mana nak makan, makan dengan apa, sebab tak pernah beli atau buat wrap sendiri. Selalunya beli kat KFC atau Subway je. Tak tahu menahu pun tentang produk ni walaupun selalu beli roti Gardenia.

Gardenia Roll-Up Wraps ni ada 3 jenis: Classic (biru), Wholemeal (hijau) dan Garlic (merah). Kemudian dalam setiap paket ada 5 keping wraps. Sangat sesuai untuk dijamah bersama seisi keluarga, tidak kira breakfast, lunch mahupun dinner. Aaa gittew. Kalau solo pun tak jadi hal sebab kalau tak habis, awak boleh lekat semula paket dia. Cuma kena pandai koyaklah HAHAHAH. Wrap ni memang sesuailah untuk aku yang jarang masuk dapur ni. Resepi yang aku nak share ni pun memang simple sangat. Tak kalut, asalkan perut kenyang hati pun senang.

  • Wrap (boleh bakar atau tidak)
  • Daun salad (basuh bersih-bersih)
  • Tomato (basuh dan potong dadu)
  • Telur (digoreng dan dicincang)
  • Sosej (dipotong nipis dan digoreng)
  • Tuna dalam tin
  • Sos cili

Apabila bahan dah tersedia, barulah boleh letak satu-satu bahan atas wrap tu, then dilipat atau digulung sebelum dijamah. Aku prefer wrap yang tak dibakar sebab lebih suka makan lembut-lembut gitu. Ikut citarasa oranglah kot. Ada yang prefer makan makanan yang crispy, contohnya rendang crispy lol.

Tadaa- gulung macam ni je pun boleh

Wrap ni boleh dipelbagaikan lagi sebenarnya sebab ada yang jadikan tortilla chips, pizza, dan banyak lagi. Tapi sebab kita ni beginner, so fikir resepi yang simple jelah. Next time nak buat pizza dengan yang jenis Classic atau Garlic pula. Korang pun boleh cuba tau! Mudah, cepat dan sudah semestinya sedap!

Kalau pergi kedai, rupa dia begini

0 Comments:

Post a Comment